PHP5 OOP – Membina Class
Sebelum mendalami teknik membina class adalah lebih baik jika kita melihat definisi bagi class dalam konteks Pengaturcaraan Berorentasikan Objek atau ringkasnya OOP.
Definisi Class
Class adalah jenis data (data type) yang di tentukan oleh pengaturcara yang mengandungi attributes atau data members dan juga methods. Untuk membina class, anda memerlukan kata kunci (keyword) yang membawa makna kepada sistem. Di bawah ialah prototype bagi membina suatu class.
class NAMA_CLASS { CLASS BODY : DATA MEMBERS & METHODS }
Berikut adalah satu contoh class :
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 | class Pelanggan { private $nama; public function tukarNama($nama) { $this->nama = $nama; } public function paparNama() { echo "Nama saya ialah " . $this->nama; } } |
Contoh di atas menunjukkan
Pelangganadalah nama class,$namaadalah attributes atau data member, manakalatukarNama()danpaparNama()adalah methods.
Nota Kaki:
- Secara umumnya, apabila anda ingin meletakkan nama class, hendaklah meletakkan ikut kepada nama objek sebenar. Contohnya jika anda ingin membina class mengenai pelanggan, nama class ialah
Pelangganuntuk menunjukkan orang. - Amalan yang sama digunakan untuk menamakan sesuatu class methods.

Comments (6)
BuSHaK
May 12th, 2009 at 10:48 am
Bagus utk permulaan. Leh sambung lagi bro
weldan
May 18th, 2009 at 4:44 am
terima kasih.
mikegrungey
June 16th, 2009 at 2:04 am
tak sabar nak tunggu yg selanjutnya. thanks bro.
Resepi PHP » PHP5 OOP - Class Object
June 17th, 2009 at 12:44 am
[...] tutorial yang sebelum ini kita telah mempelajari bagaimana untuk membina class dalam PHP5. Tutorial kali ini kita akan lihat [...]
Amin007
July 24th, 2009 at 8:52 pm
tapi kan aku jarang guna public function
biasanya terus guna function
ok ker buat macam tu???
SMD
July 24th, 2009 at 11:20 pm
tunggu tutorial seterusnya mengenai visibility.
Leave a reply