Buang data dari banyak table

July 24, 2009

Ada situasi di mana kita hendak membuang data daripada lebih dari satu table dalam pangkalan data. Contohnya table students dan students_photos. Apabila kita membuang data di dalam table students, kita juga ingin membuang data yang berkaitan di dalam table students_photos.

Oleh itu, cara yang mudah adalah menggunakan JOIN.

DELETE s, p FROM students AS s LEFT JOIN students_photos AS p WHERE s.id = 10;

PHP 5.3

July 1, 2009

Tahniah kepada PHP Development Team di atas keluaran terbaru PHP 5.3.0. Keluaran ini merupakan penambahbaikan kepada siri PHP5, termasuk banyak bugs fixes dan features terkini.

Antaranya ialah namespaces, new extension, static binding, closures dan lain-lain.

PHP5 OOP – Class Object

June 17, 2009

Pada tutorial yang sebelum ini kita telah mempelajari bagaimana untuk membina class dalam PHP5. Tutorial kali ini kita akan lihat bagaimana sesuatu objek di bina daripada class.

Definisi Objek
Objek dibina melalui definisi sesuatu class. Contoh terbaik untuk memahami definisi objek adalah dengan melihat objek sebagai Orang. Setiap Orang adalah objek dan setiap Orang memiliki attributes (sifat) serta methods (tindakan) yang berbeza.

Membina Objek
Bagi membina objek kata kunci new akan digunakan. Contohnya:

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
class Pelanggan {
	private $nama;
 
	public function tukarNama($nama) {
		$this->nama = $nama;
	}
 
	public function paparNama() {
		echo "Nama saya ialah " . $this->nama;
	}
}
 
$obj1 = new Pelanggan();
$obj2 = new Pelanggan();

Contoh di atas menunjukkan $obj1 dan $obj2 adalah objek kepada class Pelanggan.

PHP5 OOP – Membina Class

May 9, 2009

Sebelum mendalami teknik membina class adalah lebih baik jika kita melihat definisi bagi class dalam konteks Pengaturcaraan Berorentasikan Objek atau ringkasnya OOP.

Definisi Class

Class adalah jenis data (data type) yang di tentukan oleh pengaturcara yang mengandungi attributes atau data members dan juga methods. Untuk membina class, anda memerlukan kata kunci (keyword) yang membawa makna kepada sistem. Di bawah ialah prototype bagi membina suatu class.

class NAMA_CLASS 
{
   CLASS BODY : DATA MEMBERS & METHODS
}

Berikut adalah satu contoh class :

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
class Pelanggan {
	private $nama;
 
	public function tukarNama($nama) {
		$this->nama = $nama;
	}
 
	public function paparNama() {
		echo "Nama saya ialah " . $this->nama;
	}
}

Contoh di atas menunjukkan Pelanggan adalah nama class, $nama adalah attributes atau data member, manakala tukarNama() dan paparNama() adalah methods.

Nota Kaki:

  • Secara umumnya, apabila anda ingin meletakkan nama class, hendaklah meletakkan ikut kepada nama objek sebenar. Contohnya jika anda ingin membina class mengenai pelanggan, nama class ialah Pelanggan untuk menunjukkan orang.
  • Amalan yang sama digunakan untuk menamakan sesuatu class methods.

  « Older Entries